LEGASI RUN 2019

Last modified on Thursday, 06 February 2020 07:56

LEGASI RUN 2019 adalah acara larian yang julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi. Objektif utamanya adalah untuk memupuk gaya hidup sihat dan semangat kekeluargaan di kalangan masyarakat di samping menerapkan nilai-nilai modal insan yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Larian ‘Nature’ ini akan membawa peserta melalui Taman Botani dan Taman Wetlands, berlari melalui pelbagai permukaan dari jalan bertar, padang rumput dan permukaan berbatu kerikil untuk menyempurnakan larian.

Lokasi : Taman Botani dan Taman Wetlands, Putrajaya.
Tarikh : 20 Oktober 2019 (Ahad).
Masa : 6.30pagi - 1.00ptg
Acara : 3km Fun Run, 10km Run

Program ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari

https://www.racexasia.com/event/legasi-run-2019/

Hadiah lumayan ditawarkan kepada pemenang dan setiap peserta berpeluang memenangi cabutan bertuah.